Terengganu negeri pertama agih kit urus jenazah - Utusan Malaysia

Terengganu negeri pertama agih kit urus jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 13 Feb. – Terengganu muncul negeri pertama mengambil inisiatif mengagihkan kit pengurusan jenazah secara percuma dalam usaha membantu meringankan beban masyarakat Islam di negeri itu.

Kit yang dilengkapi barangan serta peralatan menguruskan jenazah antaranya kapas gulung, kain kafan, gunting, kapur barus, topeng muka, sarung tangan getah dan sebagainya itu merupakan sumbangan kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Syarikat Air Terengganu Berhad (Satu).

Kesemua 2,000 kit yang melibatkan peruntukan hampir RM600,000 itu mula diagihkan hari ini dan esok kepada kesemua 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen di Terengganu dengan setiap DUN menerima 50 kit.

Majlis Penyerahan Kit Pengurusan Jenazah Kepada Semua Ahli Parlimen dan ADUN Terengganu itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya; Pegawai Kewangan negeri, Mohd. Zahari Md. Azahar; Pengerusi Jaawtankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat serta Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Ir. Atemin Sulong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN