KUALA TERENGGANU 10 Feb. – Sebagai menghargai pengorbanan besar dengan sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan lima sekeluarga dalam tragedi di Sungai Terengganu, kelmarin, Abdul Bari Asyraf Mohd. bakal menerima anugerah khas daripada kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, perkara itu akan diusulkan dalam Mesyuarat Mingguan Exco Rabu ini bagi menentukan bentuk anugerah yang bersesuaian buat Allahyarham. “Apa yang dilakukan Abdul Bari…










