Orang ramai teruja melihat aksi dua penyelam profesional Aquaria KLCC yang melakukan persembahan tarian singa di dalam akuarium yang dipenuhi air. Persembahan yang diadakan bermula 1 Februari sehingga 17 Februari ini adalah acara tradisi yang dianjurkan sejak lima tahun lalu sebagai salah satu cara meraikan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada lima dan enam Februari ini.










