KABUL 14 Feb. – Kumpulan militan Taliban semalam memaklumkan bahawa pasukan perundingnya akan mengadakan pertemuan dengan wakil Amerika Syarikat (AS) di Islamabad, Pakistan.
Mereka juga menyatakan keinginan untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan bagi membincangkan rundingan damai di Afghanistan.
Washington dalam pada itu menerima ‘pelawaan’ tersebut, namun menyatakan mereka belum menerima jemputan secara rasmi dari Islamabad dan Taliban. – AFP










