YAN 28 Feb. – Musim kering yang melanda negara ini terutama di negeri-negeri di utara tanah air menyebabkan kawasan sawah termasuk tali air kering kontang.
Kawasan tali air yang kering itu pula ditumbuhi dengan rumput-rumput hijau yang cantik dan menarik perhatian orang ramai.

Malah ada yang menjadikan kawasan tali air yang sebelum ini digenangi air untuk mengairi sawah padi sebagai tempat untuk bersantai pada waktu petang.

Fenomena ini berlaku setiap kali selepas tiba musim menuai padi terutamanya pada musim panas.
Keindahan rumput yang ibrat karpet di Kampung Pulau Tembun itu tular di media sosial dan menarik kehadiran orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat fenomena alam semulajadi itu.

Tali air sejuah kira-kira lima kilometer di kampung itu telah menjadi tumpuan penduduk setempat dan orang ramai sekitarnya untuk beriadah dan merakamkan gambar.
Ia dipenuhi hamparan rumput liar yang tumbuh sejak dua minggu lalu.

Sebelum ini rumput berkenaan hanya tumbuh di tepi tali air sahaja, namun apabila tali air itu kering hampir keseluruhan kawasan dasarnya juga turut menghijau.
Jurugambar Utusan, Fariz Rusadio telah merakamkan fenomena indah ini untuk tetapan pembaca. – UTUSAN ONLINE










