IPOH 12 Feb. – Sebuah syarikat yang mendapat permit tanah hutan seluas 400 hektar di negeri ini dikesan tidak mempunyai pejabat operasi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya membuat semakan alamat syarikat berkenaan yang dikatakan terletak di Taiping. “Berdasarkan semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), alamat syarikat berkenaan ialah di Jalan Kota, di Taiping. “Apabila kita semak alamat yang diberikan, rupa-rupanya ia pejabat guaman, bukan pejabat operasi syarikat…










