Suspek kes bunuh Siti Masitah disambung reman seminggu lagi - Utusan Malaysia

Suspek kes bunuh Siti Masitah disambung reman seminggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Suspek kes bunuh Siti Masitah Ibrahim, 11, disambung reman sehingga 24 Februari depan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan di sini hari ini.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek telah di bacakan di Mahkamah Majistret Pekan (hari ini).

“Tempoh sambung reman yang di benarkan adalah selama tujuh hari mulai 18 Februari hingga 24 Februari,” ujar Othman menerusi kenyataan.

Othman berkata demikian mengulas perkembangan siasatan kes pembunuhan Siti Masitah yang mayatnya dijumpai dalam keadaan menyayat hati pada minggu lalu.

Sabtu minggu lalu, mayat Siti Masitah ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dalam keadaan beberapa anggota badan termasuk kepalanya terpisah daripada tubuh.

Siti Masitah dilaporkan hilang kira-kira pukul 6.30 petang, 30 Januari lalu selepas dilihat keluar rumah menunggang basikal dan ibunya membuat laporan polis pada pukul 11 malam hari yang sama.

Susulan penemuan mayat itu, seorang lelaki Kemboja berusia 23 tahun ditahan polis pada pukul 2 pagi, 31 Januari lalu dan direman sehingga hari ini untuk disiasat .

Tempoh reman dilanjutkan selama tujuh hari lagi bermula esok bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN