KEPALA BATAS 31 Jan. – Seorang suri rumah warganegara China mengalami kerugian RM38,000 dipercayai ditipu individu yang menawarkan tukaran mata wang tidak wujud, kelmarin. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 44 tahun mahu membuat penukaran mata wang Ringgit (RM) kepada mata wang Yuan untuk dihantar kepada keluarga mangsa di China dan dia telah diminta membuat bayaran untuk proses penukaran mata wang tersebut. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy…