KUALA LUMPUR – Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253 di Istana Negara di sini. Mesyuarat dua hari bermula hari ini turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu. Raja-Raja yang berangkat ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri…










