KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan untuk menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. Mujahid dalam kenyataan media hari ini berkata keputusan itu dicapai selepas beberapa perbincangan bersama Lembaga Pengarah TH. “Keputusan Lembaga Pengarah TH ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keupayaan dan kedudukan…










