Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali dalam ruangan Genius Corner bersama topik Arduino siri kedua. Pada artikel minggu ini kita akan mendalami struktur dan fungsi yang terdapat dalam projek Sketch. Sketch merupakan IDE (Integrated Development Environment) yang digunakan untuk menulis kod atur cara Java yang dimuat naik ke pemproses pada litar Arduino. Setiap projek Sketch terbahagi kepada tiga iaitu Structure, Values (pemboleh ubah) dan Functions. …










