KUALA LUMPUR 16 Feb. – Peluncur ais cilik negara, C. Sree Abiraame berjaya merangkul tiga emas Kejohanan Luncur Ais Antarabangsa (ISI) Keempat Timur Tengah di Bandar Sukan Zayed, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Peluncur berusia tujuh tahun itu, berjaya memenangi rutin bebas kategori 7 hingga 8 tahun kanak-kanak perempuan selepas mengumpul 5.0 mata mengatasi peserta tuan rumah, Norin Angela perak (4.0).
Sree Abiraame terus cemerlang memenangi emas keduanya dalam rutin solo dengan mengutip markah tertinggi 5.0 mengatasi pencabar terdekatnya Norin (4.0) dan gangsa milik Mizuguchi Hanabi (3.0).
Dia meraih emas pertama dalam rutin ‘Speed Skating’, semalam.
“Saya harap semua rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan Sree dalam dua acara yang bakal disertainya lagi,” kata ayahnya, B. Chendren. – BERNAMA










