SPRM: Pas sedia beri kerjasama - Utusan Malaysia

SPRM: Pas sedia beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Pas bersedia untuk menzahirkan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan telah menerima RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga memberi jaminan akan menyerahkan segala dokumen milik Pas sekiranya diminta SPRM untuk tujuan siasatan tersebut.

“Pas dengan ini memberi aku janji untuk menyatakan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan kononnya menerima wang yang disyaki daripada  1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pas juga akan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan termasuk penyata akaun-akaun bank Pas Pusat bagi membuktikan dakwaan bahawa Pas menerima dana itu adalah tidak benar, dusta dan fitnah semata-mata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, SPRM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya berkenaan selain akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN