SPR Thailand mohon batalkan parti Thai Raksa Chart - Utusan Malaysia

SPR Thailand mohon batalkan parti Thai Raksa Chart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 13 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akan memohon mahkamah perlembagaan untuk membubarkan parti yang mencalonkan puteri raja untuk merebut jawatan Perdana Menteri. “Tindakan tersebut dianggap bermusuhan dengan monarki berperlembagaan,” kata kenyataan itu. Parti Thai Raksa Chart pada Jumaat lalu mengumumkan kakak sulung kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn akan merebut sebagai calon utama jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya yang akan diadakan pada 24 Mac ini. Kelmarin, SPR membatalkan pencalonan Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi selepas Raja Thailand menegur tidak wajar ahli kerabat diraja terlibat dalam politik. -AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN