Solskjaer mesti gembira PSG kalah - Silva - Utusan Malaysia

Solskjaer mesti gembira PSG kalah – Silva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 4 Feb. – Kekalahan pertama Paris Saint-Germain (PSG) telah memberi kegembiraan buat pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menjelang pertembungan mereka di peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara, kata bek tengahnya, Thiago Silva.

Solskjaer merupakan salah seorang penonton di Stadium Groupama yang menyaksikan Lyon menang 2-1 ke atas PSG.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel itu dibadai masalah besar selepas ketiadaan Marco Verratti sebagai tonggak di bahagian tengah ekoran kecederaan, termasuk kehilangan Neymar, yang turut akan diketepikan pada perlawanan menentang United Selasa depan.

“Sudah tentu satu aksi yang getir untuk bertemu Manchester. Untuk menumbangkan mereka, kami perlu berada dalam 110 peratus. Solskjaer mungkin meninggalkan stadium dengan gembira selepas kami tewas,” ujar Silva kepada L’Equipe, hari ini.

PSG masih mengungguli carta Ligue 1 dengan pungutan 56 mata daripada 21 perlawanan, berkelebihan 10 mata di depan tempat kedua Lille, yang masih berhutang dua perlawanan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN