Solskjaer buat Pogba kembali tersenyum - Utusan Malaysia

Solskjaer buat Pogba kembali tersenyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Feb. – Bekas pertahanan Manchester United, Rafael da Silva memuji kepimpinan pengendali sementara kelab itu, Ole Gunnar Solskjaer kerana berjaya membuatkan Paul Pogba kembali tersenyum.

Solskjaer dilantik sebagai pengendali sementara pada Disember lalu selepas memecat Jose Mourinho ekoran kekalahan 1-3 kepada musuh tradisi mereka, Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pogba merupakan pemain yang tidak memiliki hubungan baik dengan Mourinho, sering disisihkan daripada kesebelasan utama selain menjadi mangsa kritikan umum pengurus Portugal itu.

Sejak ketiadaan Mourinho, Pogba menjadi antara pemain terbaik United dan berjaya menjaringkan lapan gol.

Rafael percaya, segala itu berpunca daripada tindakan bekas rakan sepasukannya, Solskjaer.

“Saya sama sekali tidak terkejut dengan perubahan ini kerana saya cukup mengenali Ole.

“Dia merupakan individu yang membawa adik saya Fabio menyertai Cardiff dan saya pernah menjalani latihan bersamanya sewaktu di pasukan simpanan United. Saya juga pernah bermain bersamanya.

“Dia cukup kuat dari segi mental, dia sentiasa tersenyum, dia membuatkan pemain bermain untuknya.

“Dalam bola sepak hari ini, perkara ini sangat penting. Ramai pemain memiliki kemahiran tetapi mereka memerlukan jurulatih yang boleh membuatkan mereka mahu bermain untuk jurulatih itu,” kata Rafael.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN