SKM rancang tubuhkan Bandar Koperasi - Utusan Malaysia

SKM rancang tubuhkan Bandar Koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merancang untuk menubuhkan Bandar Koperasi dengan pembelian lot tapak di Tamarind Square, Cyberjaya pada April ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Nordin Salleh berkata, perancangan tersebut adalah selaras dengan usaha SKM untuk meningkatkan imej koperasi di peringkat nasional yang sebelum ini dianggap ‘kekampungan’.

“Kita menyasarkan 40 lot tapak akan dibeli koperasi di Tamarind Square dan setakat ini sebanyak 17 koperasi telah membeli 17 lot tapak di situ.

“Cyberjaya adalah kawasan istimewa yang pernah dibangunkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tempat ini dipilih sebagai satu daripada simbolik 100 tahun koperasi ditubuhkan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat media mengenai hala tuju SKM sempena ulang tahun ke-10 penubuhannya di Menara Arina Uniti, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Pengerusi Eksekutif Dasar dan Pembangunan SKM, Dawam Hasan dan Naib Pengerusi Eksekutif Pengurusan SKM, Zazali Harun.

Nordin menambah, SKM akan menjadikan Bandar Koperasi sebagai hab perniagaan yang mampu menarik minat koperasi dari luar negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN