SK lancar laman web mini pertama - Utusan Malaysia

SK lancar laman web mini pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENERAJU telekung berinovasi di Malaysia, Siti Khadijah (SK) menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-10 pada tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelbagai program dan aktiviti bakal dilaksanakan bagi menghargai penggemar telekung Siti Khadijah dengan tema kesetiaan.

Sempena ulang tahun itu, turut dilancarkan dahsedekad.com yang merupakan laman web mini pertama mereka.

Laman web dahsedekad.com merangkumi segala aktiviti dan informasi berkaitan SK yang berjaya meluaskan empayar perniagaan selama sedekad.

Segala cerita dalam membangunkan produk SK dan penat lelah yang dilalui akan dipaparkan di dahsedekad.com kepada masyarakat.

Menurut Pengasas SK, Padzilah Enda Sulaiman, laman web mini pertama SK itu juga akan menerapkan cerita di sebalik penghasilan telekung SK secara teknikal yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini.

“Ia juga akan memaparkan insan-insan penting yang bekerja keras di sebalik penubuhan perniagaan SK.

“Bermula Januari lalu, selama empat bulan kami akan mengemaskini segala aktiviti atau acara SK di laman web mini itu,” katanya pada majlis pelancaran dahsedekad.com di Kelab Tasik Putrajaya baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, turut dilancarkan logo baru SK.

Laman web mini tersebut juga bakal mengupas penglibatan SK sehingga boleh menyumbang kepada ekonomi negara dan masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan sepanjang 10 tahun penubuhan syarikat itu.

Hadiah telekung

Ikuti coretan perjalanan SK yang bermula dari tahun 2009 hingga kini dan menerusi laman web mini itu juga peminat SK dapat mengenali Pengasas Siti Khadijah, Padzilah dengan lebih dekat.

“Alhamdulillah, sudah 10 tahun SK berada di industri ini. Saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masyarakat yang saya gelarkan #FamilySK ini tidak pernah putus menyokong produk tempatan kita sendiri.

“Harapan saya untuk 10 tahun akan datang, SK akan menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim yang terbesar di dunia selari dengan visi syarikat ini,” tuturnya lagi.

Dalam pada itu, sempena sambutan ulang tahun ke-10, Padzilah memberitahu, SK juga akan menghadiahkan 1,000 helai telekung sepanjang tahun 2019.

Ia merupakan tanda penghargaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong Siti Khadijah sepanjang 10 tahun ini.

“Menariknya, SK juga turut mencari kelainan dengan menerbitkan sebuah drama bersiri sebanyak 15 episod.

“Selepas berjaya menarik perhatian orang ramai dengan iklan Raya 2018 yang sangat menyentuh hati, drama bersiri SK ini akan dipertontonkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia melalui siaran YouTube Siti Khadijah TV,” katanya lagi.

Jalan cerita drama tersebut diinspirasikan daripada kisah benar yang dilensakan daripada tiga sudut berbeza mengenai situasi sebenar ketika SK mula ditubuhkan pada tahun 2009 sehingga sekarang.

Sehubungan itu, SK ingin menjemput #FamilySK yang bertuah untuk menjadi VVIP pada majlis Malam Sedekad Siti Khadijah sempena ulang tahun ke-10 jenama itu di Hotel Marriott, Putrajaya pada 5 April nanti.

Penyertaan untuk menjadi jemputan VVIP Malam Sedekad Siti Khadijah adalah dengan menonton drama bersiri SK dan berpeluang memenangi tiket VVIP tersebut.

Mereka yang menonton dan berjaya memenangi tiket tersebut juga akan mendapat telekung SK secara percuma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN