KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penularan dakwaan mengatakan dia bakal bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Perkara itu ditegaskan oleh pengurus peribadi Siti Nurhaliza, Rozi Abd. Razak, 45, sebagai kenyataan terhadap desakan pelbagai pihak yang mahukan penjelasan Siti mengenai dakwaan tersebut. “Sebolehnya saya atau @ctdk (Siti Nurhaliza) tidak…










