Siti Kasim bebas dakwaan tunjuk jari tengah - Utusan Malaysia

Siti Kasim bebas dakwaan tunjuk jari tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Peguam, Siti Kasim bersyukur apabila dia tidak didakwa terhadap pertuduhan menunjukkan isyarat jari tengah kepada hadirin dalam satu forum di Shah Alam, Selangor pada 2016.

Katanya, ini kerana Jabatan Peguam Negara telah memutuskan bahawa kes itu tidak diambil tindakan seterusnya.
 
“Terima kasih kepada Ibu pejabat Polis Daerah Subang terutamanya kepada Inspektor yang merujuk semula fail kepada Jabatan Peguam Negara untuk memeriksa kesahihan pertuduhan berniat jahat ini.

“Saya bersyukur kerana deria yang baik telah diguna pakai,” katanya seperti status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Pada insiden 5 September 2016, Siti didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang hadirin ketika forum berhubung Rang Undang-Undang (RUU) 355 dijalankan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Kejadian itu didakwa berlaku selepas beliau ke forum itu dan mula mengkritik RUU tersebut yang mengundang sindiran daripada hadirin.

Pertuduhan berkenaan didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×