Sindiket seludup PATI tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket seludup PATI tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 9 Feb. – Polis berjaya menumpaskan sindiket yang dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui perairan Port Dickson sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, sindiket terbabit tumpas hasil risikan dan intipan yang dijalankan pihak polis sejak dua minggu lalu.

“Seramai 56 individu termasuk PATI dan tekong darat berusia antara 40-an hingga 60-an ditahan dalam operasi itu. Seramai 11 tekong darat yang ditahan merupakan warga tempatan dan empat warga Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tangkapan dibuat dari 19 Januari hingga 7 Februari lalu di sekitar Port Dickson. PATI yang ditahan merupakan warga Bangladesh dan warga Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, tangkapan pertama dilakukan pada 19 Januari lalu di Pantai Batu 8; tangkapan kedua di Pantai Batu 3 pada 26 Januari lalu, tangkapan ketiga di Pantai Batu 9 pada 30 Januari lalu, manakala tangkapan seterusnya di Pantai Batu 4 pada 7 Februari lalu.

Jelas beliau, sebanyak lima buah kereta dan sebuah van, 14 telefon bimbit, 12 pasport Bangladesh dan Indonesia serta wang tunai RM3,750 dirampas dalam operasi itu.

Katanya, sindiket terbabit dipercayai mengenakan bayaran antara RM700 hingga RM2,000 keatas PATI yang mahu masuk atau keluar dari negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini