Shopee terus taja Piala FA - Utusan Malaysia

Shopee terus taja Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Shopee yang merupakan peneraju platform e-dagang terkemuka di rantau Asia Tenggara dan Taiwan meneruskan kerjasama penajaan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) buat tahun kedua berturut-turut.

Kerjasama ini diteruskan dalam menjayakan Piala FA selepas kali pertama menjadi penaja kejohanan itu pada musim lalu sekaligus mengekalkan nama Shopee Piala FA sebagai nama rasmi tahun ini.

Selain itu, manfaat kerjasama diantara Shopee dan MFL turut memberi manfaat kepada pasukan-pasukan yang bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan pendapatan mereka apabila Shopee akan menawarkan perkhidmatan jualan tiket perlawanan dan barangan cenderamata rasmi pasukan menerusi platform jualan dalam talian syarikat berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata Shopee mempunyai dasar untuk mengembangkan platform mereka lebih daripada sekadar organisasi perniagaan tetapi satu syarikat yang memberi manfaat kepada sesebuah komuniti.

“Saya rasa penajaan ini bukan sekadar Piala FA tetapi lebih kepada untuk membantu dalam penjualan tiket dan barangan-barangan cenderamata rasmi pasukan bertanding bagi meningkatkan lagi pendapatan pasukan.

“Ini juga merupakan salah satu sokongan kami kepada perkembangan bola sepak negara,” katanya dalam majlis menandatangani penajaan yang berlangsung di ibu pejabat Shopee Malaysia, di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×