PORT DICKSON 4 Feb. – Seramai sembilan peniaga dikompaun selepas didapati melakukan kesalahan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019 dalam pemeriksaan di sekitar daerah ini dan Rembau baru-baru ini. Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Port Dickson, Azman Abdul Latiff berkata, mereka dikesan selepas pemeriksaan dibuat terhadap 326 buah premis sejak 30 Januari lalu. “Sembilan peniaga tersebut didapati gagal meletakkan…










