JASIN – Sembilan penduduk daripada tujuh buah keluarga di Taman Dato Abdul Aziz, Umbai di sini disahkan dijangkiti wabak Chikungunya sejak 23 Januari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong (gambar kecil) berkata, perkara itu telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menerusi ujian makmal yang dilakukan. Katanya, kesemua pesakit berusia antara enam hingga 56 tahun itu bagaimanapun telah diberikan rawatan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. “Walaupun…