Pas nafi setuju mansuh jawatan Pengerusi PN

Pas nafi setuju mansuh jawatan Pengerusi PN

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada perbinca­ngan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memansuhkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara itu susulan penularan surat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditujukan kepada Presiden Parti-Parti Anggota PN bertarikh 27 Januari 2026 (semalam).

Katanya, perkara itu tidak pun dibincang untuk dimansuhkan seperti yang tertera dalam surat berkenaan.

“Mengenai persetujuan mansuh jawatan Pengersi PN itu tidak betul kerana ia tidak dibincangkan.

“Majlis Presiden telah pun ada sekarang. Tidak timbul rombakan Majlis Presiden. Apa yang saya jelaskan nama ‘Pengerusi PN ‘ tidak dibincang untuk dihapuskan.

“Majlis Presiden sebagaimana perlembagaan PN adalah menjadi rujukan jika ada perkara yang tidak dapat diputuskan dalam Majlis Tertinggi, seperti soal agihan kerusi pilihanraya dan sebagainya.

“Fungsi MT PN kekal sebagaimana sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Muhyiddin men­dakwa Bersatu dan Pas telah mencapai persetujuan memansuhkan jawatan Pengerusi PN sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan semula gabungan itu.

Menurutnya, hasil penstrukturan itu menyaksikan Bersatu akan menerajui majlis presiden PN, manakala Pas akan mengetuai jawatankuasa eksekutif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN