LONDON 22 Feb. – Keyakinan Chelsea kembali pulih menjelang final Piala Liga menentang Manchester City, Ahad ini selepas membenam Malmo 3-0 untuk mara ke peringkat 16 akhir Liga Europa, hari ini.
Jaringan Oliver Giroud, Ross Barkley dan Callum Hudson-Odoi di Stamford Bridge memastikan Blues mara secara agregat 5-1.
Kemenangan itu memulihkan semangat anak-anak buah Maurizio Sarri yang masih dibayangi dengan kekalahan 0-2 kepada Manchester United dalam saingan Piala FA, Selasa lalu.
“Kami perlu mengembalikan keyakinan dan ini adalah kemenangan yang bagus, terutama dapat mempertahankan gawang daripada bocor.
“Kami bertahan dengan baik dan bersemangat ketika menyerang.
“Tugas malam ini sudah selesai, sekarang kami boleh fokus kepada aksi seterusnya,” kata Giroud kepada BT Sport. – AGENSI










