ABU DHABI 31 Jan. – Tekanan hebat yang diterima ketika menyingkirkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada separuh akhir kelmarin membuatkan Qatar menjadi semakin kuat apabila beraksi dalam final Piala Asia, esok. Skuad Al-Annabi dibaling dengan selipar dan botol oleh penyokong tuan rumah, namun mereka masih mampu menunjukkan ketenangan untuk melakar kemenangan besar 4-0. Barangkali, Qatar satu-satunya pasukan yang tidak ada penyokong di UAE ekoran ketegangan politik kedua-dua negara. Keadaan tersebut…