"Saya tidak kenal Uncle Kentang" - Muhyiddin - Utusan Malaysia

“Saya tidak kenal Uncle Kentang” – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui tidak mengenali Kuan Chee Heng ataupun lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang menyatakan hasrat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. 

Namun begitu, jelas Muhyiddin, beliau mengambil sikap terbuka dan tidak akan memandang rendah cabaran yang akan diberikan oleh aktivis masyarakat tersebut. 

“Saya tak kenal Uncle Kentang, apa pun saya tak kisah, pilihan raya kecil ini kita amalkan sistem demokrasi, siapa nak bertanding boleh bertanding, bukan di sini saja, tempat lain pun begitu. 

“Tidak mengapalah, siapa pun kita akan menghadapi sebagai calon. Kita tak mahu pandang rendah dia, tiada sikap sebegitu, masa pilihan raya rakyat adalah penentu dan kita tidak tahu sikap rakyat sama ada akan menyokong kita atau tidak,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Hulu Langat dan ketua kampung serta penghulu di DUN Semenyih dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN