KUALA LUMPUR 9 Feb. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dirinya kini sudah sihat selepas menjalani pembedahan pada 1 Februari lalu, dan akan ‘berkampung’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih untuk membantu Pakatan Harapan (PH) kekal menguasai DUN tersebut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang. Beliau pada masa sama melahirkan keyakinan untuk berdepan PRK itu berdasarkan pencapaian pentadbirannya di Selangor sebelum ini sebagai Menteri Besar.…










