‘Saya bukan kaya-raya, hanya rahmat Tuhan’ - Utusan Malaysia

‘Saya bukan kaya-raya, hanya rahmat Tuhan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 26 Feb. – Calon Presiden (Capres) Indonesia, Prabowo Subianto menolak andaian banyak pihak yang menggelarnya sebagai seorang kaya-raya sebaliknya menyifatkan kekayaan dimiliki­nya adalah rahmat dari Tuhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor Detik News, hal itu dijelaskan Prabowo sebagai menjawab kenyataan pengetua sekolah pondok Sunan Drajat di Dusun Banjar Anyar, Lamongan, Abdul Ghofur yang terdahulu menyebut calon Presiden nombor dua berkenaan sebagai orang kaya-raya.

“Tadi Pak Kiai mengatakan saya seorang yang kaya-raya, tidak benar. Sekiranya kaya daripada kamu semua, betul,” katanya sambil berseloroh kepada orang ramai dalam majlis itu kelmarin.

Menurut beliau, harta yang dimiliknya itu sebenarnya adalah ‘rahmat’ daripada Tuhan kerana ia tidak boleh dibawa mati.

“Saya menolak jika dikatakan kaya-raya tetapi jika lebih kaya itu, mungkin. Tetapi kita semua kena sedar, apa yang dimiliki ini semua adalah dari yang di Atas (Allah).

“Harta daripada yang Maha Kuasa. Jangankan harta malah semuanya termasuk pangkat, darjat dan nyawa ini adalah pinjaman dan suatu hari nanti akan dipulangkan kepada-Nya,” katanya.

Prabowo kemudian berjanji bahawa semua yang dimiliki termasuk harta benda akan digunakan untuk kebajikan sekiranya memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019.

Kenyataan Prabowo itu dibuat di tengah-tengah pendedahan calon Presiden nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi yang mendakwa lawannya memiliki 120 hektar tanah di Aceh Tengah dan 220,000 hektar tanah di Kalimantan Timur.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Badan Pemenangan Na­sional (BPN) Prabowo Subianto-Sandiaga Uno menafikan Prabowo akan mengembalikan status hak guna usaha (HGU) tanah konsesi berjumlah ratusan ribu hektar di Kalimantan Timur dan Aceh Tengah.

Timbalan Pengarah Komunikasi dan Media BPN, Dhimam Abror berkata, partinya tidak pernah menyebut tentang perkara tersebut dan akan memastikan tiada rancangan daripada Prabowo untuk mengembalikan hak konsesi tersebut.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN