MANCHESTER 11 Feb. – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri enggan berjabat tangan dengan Pep Guardiola selepas pasukannya dimalukan 6-0 oleh Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, hari ini. City merampas kembali kedudukan pendahulu liga daripada Liverpool, berterima kasih kepada hatrik ke-11 yang disempurnakan Sergio Aguero dalam Liga Perdana. Raheem Sterling pula meledak dua gol di Stadium Etihad manakala satu lagi jaringan tuan rumah disempurnakan Ilkay Gundogan. Sebaik sahaja wisel penamat…










