Sarri ambil keputusan tepat gugurkan Arrizabalaga - Utusan Malaysia

Sarri ambil keputusan tepat gugurkan Arrizabalaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Feb. – Maurizio Sarri percaya kemenangan Chelsea menewaskan Tottenham 2-0 mampu menyelamatkan mereka dalam saingan liga musim ini selepas keputusannya

menggugurkan Kepa Arrizabalaga di Wembley nyata berbaloi.

Pedro menjaringkan kedua selepas Kieran Trippier menjaringkan gol sendiri dan kemenangan tersebut memberi ruang kepada pengurus Chelsea daripada dipecat selepas The Blues

bergelut dengan masalah prestasi di bawah kendalian Sarri.

Sarri tidak menyenaraikan Arrizabalaga dalam aksi tersebut selepas dia enggan dikeluarkan ketika aksi final Piala Liga yang menyaksikan mereka tewas kepada Manchester

City. Jurulatih dari Itali itu berang dengan tindakan penjaga golnya bagaimanapun kedua-dua individu tersebut mengakui insiden itu berlaku hanya disebabkan salah faham.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu dikenakan denda seminggu gaji dan tempatnya diambil oleh penjaga gol veteran, Willy Caballero di Stamford Bridge.

Meskipun menang, Arsenal dan Manchester United turut mengutip tiga mata dan itu membuatkan Chelsea kekal di tangga keenam, ketinggalan tiga mata daripada kelompok empat

pasukan terbaik namun mereka masih mempunyai peluang selepas menghadapi waktu sukar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN