Santapan ulang tahun perkahwinan Raja Perlis - Utusan Malaysia

Santapan ulang tahun perkahwinan Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 17 Feb. – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid diraikan dalam satu majlis santapan malam bagi menyambut hari ulang tahun perkahwinan baginda berdua yang ke-52 baru-baru ini.

Turut berangkat hadir ialah Che Puan Besar Kedah Hajah Haminah, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan diakad nikah pada 15 Februari 1967 di Kota Bharu, Kelantan dan dikurniakan seorang putera, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta seorang puteri Sharifah Fazira yang kini bergelar Tengku Puteri Mahkota Perlis.

Baginda berdua juga dianugerahi empat orang cucunda iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana, Syed Sirajuddin Areeb Putra dan Puteri Nurlin Syazwani. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×