Sanchez pemain 'gagal' paling mahal - Utusan Malaysia

Sanchez pemain ‘gagal’ paling mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 22 Feb. – Alexis Sanchez menerima gaji 16,000 pound (RM85,000) setiap minit musim ini, sekali gus menjadikannya antara pemain ‘gagal’ yang dibayar mahal.

Data yang dikumpulkan dari permulaan musim hingga 11 Februari menunjukkan berapa banyak Manchester United membelanjakan wang untuk setiap pemain mereka.

Akhbar The Sun telah menolak gaji beberapa pemain sepanjang mereka tidak beraksi akibat kecederaan, sebelum membahagikannya dengan pendapatan kolektif sepanjang musim dan kemudian dibahagi pula dengan aksi setiap minit.

Dan, gaji 505,000 pound (RM2.68 juta) seminggu yang dikeluarkan untuk Sanchez adalah nilai paling teruk dengan mengambil kira sumbangannya.

Daripada 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris, pemain Chile itu hanya berada di atas padang selama 615 minit.

Fred yang dibeli daripada Shakhtar Donetsk dengan harga 52 juta pound (RM276.44 juta) pada Jun, tahun lalu juga antara pemain yang menerima gaji paling mahal iaitu 6,000 pound (RM31,900) seminit.

Bintang tengah Brazil itu dibayar 120,000 pound (RM638,000) seminggu, namun sama seperti Sanchez dia juga tidak banyak menyumbang buat United apabila hanya beraksi selama 566 minit musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN