SAM gesa wartakan hutan simpan kelip-kelip - Utusan Malaysia

SAM gesa wartakan hutan simpan kelip-kelip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 24 Feb. – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri mewartakan Hutan Simpan Kelip-Kelip di Sungai Sepetang di sini seluas 152.98 hektar.

Pegawai Lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman, ini bagi memastikan kawasan berkenaan diurus secara sistematik.

Menurutnya, selain itu ia juga mengatasi kegiatan pen­cerobohan dan penerokaan se­cara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan perbuatan khianat menebang pokok berembang yang menjadi habitat kelip-kelip.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari semasa ke semasa te­lah beberapa kali kawasan hutan di sepanjang Sungai Sepetang di­ceroboh dan diteroka secara ha­ram dan kegiatan tersebut te­lah memusnah dan menjejaskan ha­bitat kelip-kelip.

“Kesan daripada kegiatan pencerobohan dan peneroka­an haram, habitat kelip-kelip boleh menjejaskan industri pe­lancongan khususnya di Kam­pung Dew dan di Kuala Se­petang,” katanya.

Menurutnya, pada dasar­nya kerajaan negeri telah bersetuju mewartakan Hutan Simpan Kelip-Kelip pada November 2013.

Katanya, malah semasa per­temuan dan mesyuarat de­ngan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada 19 Februari lalu, antara perkara yang dikemukakan ialah menyegerakan cada­ngan pewartaan kawasan berkena­an.

“Jika diwartakan, pihak ber­kuasa boleh menguatkuasa­kan peruntukan undang-undang sekiranya berlaku kegiatan pen­cerobohan,” katanya.

Baru-baru ini, Persatuan Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Dew mengesan perbuatan khianat menebang pokok berembang yang menjadi habitat kelip-kelip di Kam­pung Dew di sini.

Perbuatan khianat oleh pi­hak bertanggungjawab itu di­kesan pada 15 Februari lalu apabila sebanyak tujuh batang pokok berembang berusia antara 25 dan 35 tahun ditebang.

Perbuatan itu dibimbangi akan menjejaskan habitat kelip-kelip di sini kerana pokok berembang merupakan ‘rumah’ dan makanan tambahan kelip-kelip.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×