Saksi kedua sebak lihat dokumen, gambar Mohammad Adib - Utusan Malaysia

Saksi kedua sebak lihat dokumen, gambar Mohammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 11 Feb.- Prosiding inkues bagi menentukan status kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim petang ini mencuri perhatian apabila saksi kedua dilihat seakan-akan menahan air mata ketika memberi keterangan dalam kadang saksi.

Pemandu jentera Fire Rescue Tender (FRT), Md. Elliza Mohd. Noor daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya kelihatan sebak selepas melihat dokumen dan gambar Muhammad Adib yang diserahkan kepadanya oleh mahkamah.

Md. Elliza, 36, dilihat beberapa kali menyeka air mata sambil menundukkan wajahnya ketika menyelak helaian dokumen tersebut.

Ketika memberi keterangan, Md. Elliza memberitahu bahawa apabila berjaya keluar daripada kawasan, dia menaiki jentera FRT terus menuju ke Balai Polis USJ 8.

“Setibanya di balai, saya terdengar salah seorang rakan memberitahu penyelia bahawa Mohammad Adib tiada di dalam jentera ERMS. Saya cuba menghubungi Mohammad Adib beberapa kali namun tidak berangkat.

“Kira-kira 15 minit kemudian, ada yang menelefon menggunakan telefon Mohammad Adib memaklumkan menghantarnya ke Subang Jaya Medical Centre,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN