HULU LANGAT 16 Feb.- Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan seorang calon Bebas.
PH mencalonkan Muhammad Aiman Zainali sementara BN dan PSM masing-masing mencalonkan Zakaria Hanafi dan Nik Aziz Afiq Abdul.
Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bertanding atas tiket calon Bebas.
Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar sebentar tadi di Pusat Penamaan Calon PRK Semenyih di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian dekat sini. – UTUSAN ONLINE










