PORT-AU-PRINCE 13 Feb. – Kesemua 78 banduan disebuah penjara di Haiti berjaya melarikan diri semasa demonstrasi menentang Presiden Jovenel Moise yang semakin ganas di seluruh negara. Saksi berkata, protes anti Moise itu diadakan dihadapan balai polis yang terletak bersebelahan dengan penjara di Aquin. Negara bekas jajahan Perancis itu berdepan krisis politik yang semakin memburuk apabila penduduk merusuh di jalan raya bagi mendesak Moise meletak jawatan sejak minggu lalu. -AFP