DAMASCUS 2 Feb. – Kira-kira 11 orang terbunuh termasuk empat kanak-kanak selepas sebuah bangunan rumah pangsa runtuh akibat peperangan di bandar Aleppo, Syria hari ini. Seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas ditarik keluar oleh pasukan penyelamat yang kebanyakan tidak menggunakan sebarang peralatan untuk mengalihkan sisa runtuhan bangunan lima tingkat tersebut. Agensi berita rasmi SANA melaporkan, mangsa adalah satu-satunya yang terselamat dari insiden di kawasan kejiranan Salaheddin itu. Salaheddin dibom dengan begitu…










