Rumah tempat edar heroin di Sungai Petani, diserbu - Utusan Malaysia

Rumah tempat edar heroin di Sungai Petani, diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 17 Feb. – Cubaan sindiket mengupah warga asing untuk menunggu di sebuah rumah yang dijadikan tempat pengedaran heroin terbongkar, apabila premis itu di Bedong dekat sini, diserbu polis, Khamis lalu.

Dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 30 tahun bersama 27 kilogram dadah berkenaan bernilai RM367,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, serbuan dilakukan pada pukul 6.10 petang hasil daripada maklumat risikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, siasatan mendapati warga asing tersebut yang bekerja sebagai buruh ladang di kawasan berdekatan, diupah sebanyak RM2,000 sebulan untuk menjaga premis itu.

“Ketua sindiket dadah itu dipercayai telah mengambilnya bekerja di situ sejak kira-kira empat bulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.

Menurut Adzli, lelaki tersebut yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau direman selama tujuh hari mulai kelmarin untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Difahamkan, polis Cawangan Jenayah Narkotik IPD Kuala Muda sebelum ini menangkap seorang lelaki warga Myanmar kerana memiliki dadah seberat 1.6 kilogram pada Disember lalu, yang kemudian membawa kepada serbuan terbaharu itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×