Rumah flat jadi stor mercun - Utusan Malaysia

Rumah flat jadi stor mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya membongkar stor penyimpanan mercun di sebuah rumah flat di Taman Sri Nelayan, Telok Gong, di sini semalam. 

Dalam serbuan Ops Gelora pukul 4 petang itu, turut merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM3,000. 

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, semasa operasi dilakukan pihaknya mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan mengangkat barang masuk ke dalam rumah flat tersebut. 

“Bagaimanapun, lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota PPM. 

“Hasil pemeriksaan di rumah yang tidak berpenghuni itu menemui pelbagai kotak berisi mercun yang dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau menambah, pihaknya percaya mercun itu adalah untuk pasaran di sekitar daerah ini sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.

Jelas Khairuddin, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek terbabit dalam kegiatan tersebut.

Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN