Rosak akidah ambil vaksin? - Utusan Malaysia

Rosak akidah ambil vaksin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEBOH baru-baru ini apabila terdapat gerakan antivaksin atau kumpulan menolak pengambilan vaksin untuk anak-anak.

Alasan yang dikemukakan adalah vaksin dikatakan tidak selamat selain boleh mendatangkan kesan sampingan yang mengakibatkan kanak-kanak mengalami autisme atau gangguan saraf kekal.

Bukan itu sahaja, kemelut itu turut disokong oleh pihak kononnya ahli agama yang mendakwa penggunaan vaksin adalah ditegah kerana mengandungi unsur tidak halal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ada pula yang mengatakan kebergantungan seseorang terutama ibu bapa terhadap pengambilan vaksin oleh anak-anak dilihat seperti menafikan kuasa Allah yang memberi kesembuhan dan kesakitan.

Sebagai umat Islam, persoalan akidah dan halal haram bukan perkara yang boleh dipandang remeh apatah lagi kekal menjadi darah daging. 

Jangan buat andaian dan hukum sendiri, sebaliknya ikuti jawapan pendakwah bebas, Dr. Nidzam Abdul Kadir tentang persoalan akidah berhubung pengambilan vaksin menerusi ruangan Soal Jawab, Mega Mimbar dalam Utusan Malaysia esok (Jumaat) atau layari www.utusan.com.my.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini