Ronaldo tenang biarpun tewas - Utusan Malaysia

Ronaldo tenang biarpun tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 21 Feb. – Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo tetap tenang biarpun berdepan tekanan daripada penyokong Atletico Madrid di Wanda Metropolitano selepas Juventus tewas 0-2 dalam aksi pertama 16 akhir Liga Juara-Juara.

Ketika perlawanan berlangsung dapat dilihat Ronaldo memberikan reaksi balas selepas dikasari lawan dengan mengangkat lima jari ke udara bagi memperingatkan penyokong Atletico tentang lima kejuaraan Liga Juara-Juara yang telah dimenanginya iaitu empat dengan Real Madrid dan satu bersama Manchester United.

Perkara sama juga dilakukan oleh Ronaldo ketika dia meluru masuk ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan.

“Saya telah memenangi lima kejuaraan Liga Juara-Juara dan mereka tiada apa-apa lagi,” kata Ronaldo kepada wartawan sambil menunjukkan angka lima selepas tamat perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN