Ronaldo, Messi bersaing untuk anugerah kasut emas - Utusan Malaysia

Ronaldo, Messi bersaing untuk anugerah kasut emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 16 Feb. – Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol ke-19 dalam saingan Serie A musim ini dan kini ketinggalan di belakang Lionel Messi untuk merangkul Anugerah Kasut Emas Eropah.

Juventus melebarkan jurang perbezaan kepada 14 mata selaku pendahulu Serie A selepas mereka menundukkan Frosinone 3-0 di Stadium Allianz.

Pasukan yang berpangkalan di Turin itu memulakan aksi dengan jaringan jarak jauh Paulo Dybala pada minit keenam sebelum Leanardo Bonnuci meletakkan pasukan tuan rumah dalam keadaan selesa menerusi jaringan kedua pada minit ke-17.

Pada minit ke-63, Ronaldo melengkapkan kemenangan Juventus menerusi jaringan ketiga.

Juventus merupakan satu-satunya pasukan dalam lima liga terbaik Eropah yang mengekalkan rekod tanpa kalah dengan meraih 21 kemenangan daripada 24 perlawanan liga musim ini.

Ronaldo terus cemerlang bersama Juventus menerusi jaringan ke-19 liga musim ini dan ketinggalan dua gol di belakang Messi yang berada di landasan terbaik untuk meraih Anugerah Kasut Emas Eropah.

Ronaldo sebelum ini berjaya merangkul empat anugerah itu dan dilihat berpotensi untuk sekali lagi merangkul anugerah itu buat kali pertama bersama Juventus.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN