KUALA LUMPUR 7 Feb. – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan desas-desus rombakan Kabinet yang dikatakan bakal berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina sebagai perkara sengaja dihangatkan pihak tertentu bagi menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan (PH). Presiden PKR itu berkata perkara tersebut juga telah dinafikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri hari ini. ”Tun Mahathir pun dah jelaskan tidak perlu layan khabar angin ini, saya pun ada berjumpa dengan Datuk…










