Pengambilan suplemen bagi tujuan kecantikan bukan perkara asing dalam kehidupan masyarakat hari ini. Manakan tidak, memiliki kulit wajah yang cantik menjadi kegilaan ramai sehingga terdapat wanita menghabiskan wang dalam jumlah yang besar bagi mendapatkan produk tertentu. Menurut Pakar Perunding Dermatologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Prof. Madya Dr. Adawiyah Jamil, pengambilan suplemen bagi tujuan kecantikan perlu mengambil kira keadaan kulit terlebih dahulu. ‘‘Perkara paling penting adalah pengguna perlu tahu apa…










