Risikan, operasi, undang-undang teras perangi dadah - KPN

Risikan, operasi, undang-undang teras perangi dadah – KPN

MOHD. KHALID ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Risikan dan operasi, perundangan dan siasatan menjadi tiga teras Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) untuk diperkukuh bagi memerangi dadah.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, usaha memperkasakan penyiasatan yang lebih sistematik, profesional dan berintegriti itu turut diterjemahkan melalui Buku Garis Panduan Pengurusan Penyiasatan JSJN-PDRM.

Menurut beliau, inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kualiti siasatan dan pendakwaan, memperkukuhkan kepercayaan masyarakat serta menyokong matlamat negara dalam memerangi ancaman dadah secara bersepadu dan berkesan.

“Kita sedia maklum landskap keselamatan masa kini semakin berevolusi dan kompleks. 

“Perkembangan ini menuntut setiap jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus memperkasa keupayaan sumber manusia, mengutamakan adaptasi progresif serta merangka strategi holistik bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara bagi Januari 2026 anjuran JSJN di Bukit Aman, hari ini.

Tambah Mohd. Khalid, usaha berterusan melalui latihan, pemerkasaan kepimpinan, penerapan teknologi terkini serta perancangan bersepadu melibatkan kerjasama agensi berkaitan dan penglibatan komuniti bukan sekadar retorik.

“Sebaliknya, pendekatan ini telah membuahkan hasil nyata seperti dibuktikan melalui kejayaan JSJN sepanjang tahun 2025,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×