KUALA LUMPUR 10 Feb. – Keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah pada 2.25 hingga 2.5 peratus, 30 Januari lalu menyaksikan ringgit mencecah paras lima bulan tertinggi berbanding dolar AS. Ketika ditutup pada Khamis (31 Januari), ringgit mencecah RM4.08 berbanding dolar AS, tertinggi sejak 10 Ogos 2018. Malah, ia juga memberi reaksi yang positif kepada pasaran mata wang serantau lain walaupun penganalisis menjangkakan terdapat kemungkinan kadar itu dinaikkan…










