Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran yang positif serta harga minyak yang lebih tinggi, kata peniaga.

Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0720/0780 berbanding 4.0740/0780 pada 5 petang Khamis.

Seorang peniaga berkata, Amerika Syarikat (AS) dan China sedang membuat penambahbaikan terhadap perjanjian perdagangannya. Namun, masih belum jelas sama ada AS akan mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China pada 1 Mac.

“Berdasarkan trend rundingan antara kedua-dua pihak, pelabur percaya bahawa perdamaian perdagangan selama 90 hari akan dilanjutkan dan ini telah meningkatkan sentimen pasaran pada masa ini,” katanya.

Presiden Donad Trump dan Presiden China, Xi Jinping dijangka bertemu pada suatu tarikh akan datang untuk terus membincangkan perkara itu.

Beliau juga berkata harga minyak yang lebih tinggi telah meningkatkan prestasi mata wang.

Berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9985/0034 daripada 2.9980/0014 dan yen merosot kepada 3.6881/6945 daripada 3.6703/6742 semalam.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding euro kepada 4.5973/6061 daripada 4.5881/5947, namun mengukuh berbanding pound British kepada 5.2101/2182 daripada 5.2282/2353 semalam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN