SANTIAGO 14 Feb. – Ribuan sotong mati terdampar di pantai Bahia Inglesa, Chile yang menjadi kawasan tarikan utama pelancong, di sini, hari ini
Lapor UNTV, pihak berkuasa Chile masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian, bagaimanapun kejadian pelik itu didakwa mungkin berlaku ekoran pencemaran atau pemanasan global.
Susulan itu, sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk tempatan diminta agar tidak makan sotong berkenaan kerana mungkin berisiko kepada keracunan makanan. -AGENSI











